14 Mei 2013
I-Bhd akan membina
pusat membeli belah melalui perkongsian dengan syarikat dari Thailand di
i-City, Shah Alam, iaitu sebahagian daripada projek pembangunan di bandar
digital itu.
Pembinaan pusat
membeli belah dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi dan 300 kedai itu dijangka
dimulakan bulan depan dan siap sepenuhnya pada 2016. Ia akan menjadi pusat
beli-belah terbesar di Selangor.
![]() | ||
|
Ketua Pegawai
Eksekutif I-Bhd, Datuk Eu Hong Chew berkata, beberapa lagi fasa pembangunan
kediaman dan komersial akan dijalankan di i-City sehingga 2017 dengan nilai
jangkaan RM500 juta.
Menurutnya, I-Bhd
menyasarkan 20 peratus daripada keseluruhan pembangunan di i-City akan
disumbangkan komponen hartanah menjelang 2017 sejajar dengan matlamat syarikat
itu untuk memastikan aliran pendapatannya kukuh.
"Kami
menjangkakan kemasukan pelaburan melebihi RM1 bilion bagi projek pembangunan
i-City dalam tempoh lima tahun ini, termasuk pusat membeli belah tersebut.
“Apabila siap pusat
beli belah, projek kediaman dan komersial ini, separuh baki tanah di i-City
yang berkeluasan 13 juta kaki persegi telah dibangunkan,” katanya pada majlis
menandatangani perjanjian antara I-Bhd dan CPN Global Company Ltd (CPN) di Shah
Alam, semalam.
CPN, syarikat pemaju
runcit terbesar di Thailand akan menubuhkan dua anak syarikat CPN Real Estate
Sdn Bhd dan CPN Malls Malaysia Sdn Bhd untuk projek itu manakala I-Bhd diwakili
anak syarikatnya i-City Properties Sdn Bhd (ICP).
Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif CPN, Kobchai Chirathivat berkata, kerjasama itu mencerminkan
langkah strategik pertama syarikat tersebut yang yakin pelaburan itu akan
menjadi titik permulaan baik untuk CPN menjadi pemaju peruncitan hartanah
serantau.
“Kami percaya
pengalaman ICP dalam pengurusan pembinaan akan menyumbang kepada kejayaan
projek ini. Dalam masa sama, kami juga menyumbang daripada aspek kepakaran di
mana CPN dikenali sebagai peneraju pembinaan 21 pusat beli-belah di Thailand,”
katanya.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment