Akhir-akhir ini ramai sahabat-sahabat peguam dan orang awam mengadu kepada HartaGuam yang urusan pembiayaan perumahan mereka dengan LPPSA banyak masalah dan lambat.
Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:
1. Dokumen pembiayaan dan gadaian lambat ditandatangan.
2. Penyata tebus hutang lambat dikeluarkan.
3. Dokumen pelepasan gadaian lambat ditandatangani yang mengakibatkan geran asal lambat dikembalikan walaupun penyelesaian bayaran baki hutang telah lama dibuat.
4. Ketidakpastian sama ada Surat Tawaran pembiayaan dan dokumen pembiayaan wajib di mati stem atau tidak.
5. Pembiayaan lambat disburse.
Selepas semakan dibuat oleh wakil kami dengan pihak LPPSA sendiri, kami dimaklumkan kelewatan tersebut berlaku antara lain disebabkan oleh:
1. Tiadanya Power Attorney (Wakil Kuasa yang sah) yang boleh menandatangani dokumen pembiayaan dan gadaian / dokumen melepaskan gadaian.
2. Masih tidak ada penyelarasan antara LPPSA dan LHDN tentang status bayaran duti stem dokumen pembiayaan dan gadaian, sama ada dapat pengecualian atau tidak.
3. LPPSA masih dalam proses mendaftarkan Surat Wakil Kuasa di setiap pejabat tanah daerah & pejabat tanah galian seluruh negara.
4. Masalah urusan dalaman LPPSA untuk menaiktaraf sistem dari BPP ke LPPSA.
Mereka jangkakan semua masalah tersebut di atas akan dapat diselesaikan dalam 2 BULAN LAGI (lebih kurang bulan Mei 2016).
Jadi HartaGuam berpandangan, dengan masalah-masalah yang dihadapi di atas, jika kakitangan kerajaan hendak dapat bayaran pembiayaan perumahan dengan cepat, PEMBIAYAAN LPPSA BUKANLAH YANG TERBAIK BUAT MASA INI sehinggalah kesemua masalah di atas dapat diselesaikan sepenuhnya.
Apapun terserah kepada budi bicara dan pertimbangan anda.
Dalam masa yang sama HartaGuam juga menyeru agar LPPSA dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang lebih jelas tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka.
Bukannya sekadar keluarkan kenyataan umum yang tidak memperlihatkan masalah sebenar dan agak mengelirukan orang awam seperti di bawah.
Kredit : fb Salkukhairi Abd Sukor
#hartanahrevolusi
#hartanahrevolusi