Wednesday, April 6, 2016

MAKLUMAT PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

Akhir-akhir ini ramai sahabat-sahabat peguam dan orang awam mengadu kepada HartaGuam yang urusan pembiayaan perumahan mereka dengan LPPSA banyak masalah dan lambat.

Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:
1. Dokumen pembiayaan dan gadaian lambat ditandatangan.
2. Penyata tebus hutang lambat dikeluarkan.
3. Dokumen pelepasan gadaian lambat ditandatangani yang mengakibatkan geran asal lambat dikembalikan walaupun penyelesaian bayaran baki hutang telah lama dibuat.
4. Ketidakpastian sama ada Surat Tawaran pembiayaan dan dokumen pembiayaan wajib di mati stem atau tidak.
5. Pembiayaan lambat disburse.
Selepas semakan dibuat oleh wakil kami dengan pihak LPPSA sendiri, kami dimaklumkan kelewatan tersebut berlaku antara lain disebabkan oleh:
1. Tiadanya Power Attorney (Wakil Kuasa yang sah) yang boleh menandatangani dokumen pembiayaan dan gadaian / dokumen melepaskan gadaian.
2. Masih tidak ada penyelarasan antara LPPSA dan LHDN tentang status bayaran duti stem dokumen pembiayaan dan gadaian, sama ada dapat pengecualian atau tidak.
3. LPPSA masih dalam proses mendaftarkan Surat Wakil Kuasa di setiap pejabat tanah daerah & pejabat tanah galian seluruh negara.
4. Masalah urusan dalaman LPPSA untuk menaiktaraf sistem dari BPP ke LPPSA.

Mereka jangkakan semua masalah tersebut di atas akan dapat diselesaikan dalam 2 BULAN LAGI (lebih kurang bulan Mei 2016).

Jadi HartaGuam berpandangan, dengan masalah-masalah yang dihadapi di atas, jika kakitangan kerajaan hendak dapat bayaran pembiayaan perumahan dengan cepat, PEMBIAYAAN LPPSA BUKANLAH YANG TERBAIK BUAT MASA INI sehinggalah kesemua masalah di atas dapat diselesaikan sepenuhnya.

Apapun terserah kepada budi bicara dan pertimbangan anda.
Dalam masa yang sama HartaGuam juga menyeru agar LPPSA dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang lebih jelas tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka.

Bukannya sekadar keluarkan kenyataan umum yang tidak memperlihatkan masalah sebenar dan agak mengelirukan orang awam seperti di bawah.

Kredit : fb Salkukhairi Abd Sukor
#hartanahrevolusi

RAHSIA KIRAAN KEUNTUNGAN PELABUR HARTANAH

Katakan harga tanah yang dijual pada tahun 2015 di kawasan PJ oleh developer A per sq ft adalah RM600. Manakala rumah tersebut bersaiz 500sf.
RM600 x 500sf = RM 300,000.
Manakala harga tanah di kawasan sekitar (masih di kawasan PJ) pada tahun 2015 yang dijual oleh developer B per sq ft adalah sekitar RM1000-RM1200. Size rumah adalah sama iaitu 500sf.
RM1000 x 500sf = RM500,000

Sebagai pelabur hartanah, sudah semestinya kita akan membeli rumah pada developer A kerana perbezaan yang ketara sebanyak RM500k – RM300k = RM200,000k.
Dengan mengetahui perbezaan itu, kita sudah dapat keuntungan yang pertama sebaik kita membayar booking (rumah belum siap lagi).

Selepas rumah itu siap iaitu ketika VP (vacant possession) atau perkataan lain “dapat kunci “ pada tahun 2018, harga hartanah telah meningkat sebanyak 30% dari harga asal atau lebih.
Perkiraan ,
⭐Kenaikan harga per sq feat : RM600 x 30% = RM180
⭐Harga per sq feat tahun 2018 : RM600 + RM180 = RM780
✔Maka, RM780 x 500sf = RM390,000

Ini adalah harga rumah pada tahun 2018, jauh lebih rendah dari harga developer B yang menjual harga tanah pada RM1000 per sq feat.
Maka keuntungan yang kedua ialah RM390K – RM300k = RM90,000
JIka sekiranya kita jual pada harga RM390K , selepas tolak RPGT sebanyak 30%. Maka keuntungan bersih adalah sebanyak RM63K.

PERKIRAAN
Harga Beli Tahun 2015 : RM300K
Harga Jual Tahun 2018 : RM390K
Keuntungan kasar = RM90K
RPGT (30%) : 0.3 x RM90K = RM27k
Keuntungan bersih: RM90k – RM27K = RM63K

Bayangkan dalam tempoh 3 tahun anda menunggu rumah, rumah tersebut telah generate income anda sebanyak RM63K. Ini jika kita ibaratkan harga tanah naik kepada 30%. Kalau harga tanah tersebut naik kepada RM1000 per sq ft. Anda boleh kira sendiri.
❓Jadi bagaimana?Ingin tahu lebih lanjut mengenai pelaburan hartanah boleh PM saya. SEGERA!!

Don’t WAIT to buy property
Buy property and WAIT!!
#hartanahrevolusi
Hafiz Razali +6018-3115997

BELI RUMAH GUNA DUIT KWSP

“Saya nak beli rumah tapi saya tiada deposit yang cukup..”. biasa dengar ayat ini ? . Ya, Itu lah keluhan kebanyakan pembeli rumah. Hari ini mari kita belajar trick untuk membeli rumah tanpa mengeluarkan sebahagian deposit.

Membeli rumah menggunakan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) atau EPF sudah tidak lagi pelik di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, persoalan yang timbul ialah bagaimana ?

Prosedur 10% deposit
Pertama sekali anda haruslah ingat bahawa beli rumah subsale atau second hand anda mestilah perlu mengeluarkan deposit sebanyak 10% sebagai pendahuluan, manakala baki 90% adalah pinjaman Bank jika anda beli menggunakan pinjaman bank. Namun, bagi sesetengan pembeli yang tidak cukup untuk mengeluarkan 10% deposit, ianya menjadi salah satu option sebagai membayar deposit. 

Namun tidak semudah itu, pilihan ini tertakhluk kepada budi bicara si penjual. Ini kerana penjual rumah berhak mendapat deposit mereka tanpa perlu menunggu masa yang lama sehingga anda mengeluarkan EPF.

Bilakah saya boleh mengeluarkan KWSP ?
Jika anda hendak membuat sesuatu pembelian rumah, 10% deposit akan dipecahkan kepada 2 bahagian.
1. Bayar 3% sebagai booking rumah.
2. Bayar 7% sebagai baki ketika menandatangani perjanjian jual beli atau SNP.

Maka lengkaplah 10% deposit anda, manakala baki 90% adalah tanggungjawab bank.
Mendahulukan 3% booking

Jika anda memilih untuk menggunakan KWSP, anda masih perlu dan wajib membayar booking rumah sebanyak 3%. Baki 7% anda boleh untuk menggunakan KWSP (atas budi bicara penjual).
Selepas anda membayar booking 3%, anda menandatangani perjanjian jual beli. Kemudian dengan bantuan peguam anda akan diberikan surat pengesahan yang menyatakan rumah tersebut boleh dipindah milik tanpa sebarang halangan atau dikenali sebagai consent letter daripada pihak berkuasa. Proses untuk mendapatkan surat tersebut mengambil masa berbulan sehingga anda boleh untuk memohon KWSP. Jadi, itulah faktor utama mengapa pilihan KWSP ini perlu mendapat persetujuan pihak penjual. Ini kerana mereka perlu tunggu berbulan lama sehingga mereka dapat deposit mereka.

Maksima pengeluaran KWSP
Berapakah jumlah maksimum saya boleh keluarkan KWSP ?

Mudah sahaja, jumlah tersebut mengikut formula seperti di bawah :
(harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP

Contoh rumah yang dibeli berharga RM 300K.
(RM 300k – RM270k) + RM 30k = RM 60k adalah jumlah maksima yang boleh dikeluarkan.

Maksudnya, jika anda beli rumah berharga RM300k, anda tolak (-) kan dengan jumlah pinjaman bank anda iaitu 90% x RM300k ). Jika pinjaman anda 70% maka (70% x RM300k). Kemudian, jumlah tolakan(-) tersebut di tambah(+) kan dengan 10% daripada harga jual. Jadi, (10% x RM300k) iaitu RM 30k. Maka jumlah tolak(-) RM30k tambah(+) jumlah 10% RM 30k adalah = RM 60k.

Berbalik kepada topik, bolehkah keluar KWSP untuk beli rumah ?
Jawapannya Ya. Tetapi sekurang-kurangnya mesti ada wang untuk bayar booking dan mesti mendapat persetujuan pihak penjual.
Bilakah saya boleh keluar KWSP ?.
Selepas mendapat surat consent.

Berapakah jumlah maksima saya boleh keluarkan ?.
Seperti formula, (harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP.
Sekian, Selamat maju jaya!
…………………………………………..
📞Hubungi Hafiz Razali +6018-3115997 jika terdapat sebarang persoalan berkaitan penjualan rumah atau pembelian rumah.
🏡Sedang mencari rumah?
💲Buat semakan pasaran terkini harga rumah anda secara percuma.
Sumber : kakipersegi.com
#hartanahrevolusi

TEKNIK MANIPULASI ASB + EPF UNTUK KURANGKAN ANSURAN LOAN RUMAH SEBANYAK 79%?

Bagaimana kita boleh beli rumah kondo RM500,000 tapi hanya bayar RM500 sebulan selama 18 tahun sahaja?
Jawapan : Gabungan teknik manipulasi ASB + EPF
NOTA: Tajuk artikel itu tidak merujuk pada hasil yang Tok dapat. Sebab itu Tok letak perkataan “boleh”. Tok tak beli pun kondominium bernilai RM500,000. Kalau korang tak suka kondo, boleh tukar kepada rumah teres. 
Tok nak kongsikan dan ulas teknik daripada individu berpengalaman dalam pelaburan ASB bernama Khairul Ezuwan. Beliau kongsikan teknik ini yang Tok rasa boleh memanfaatkan korang semua terutamanya yang dah ada ASB loan.
Beliau ada berkongsi di Facebook tentang strategi pasangan suami isteri beli rumah kondominium untuk duduk sendiri :
1) Rumah yang masih lagi dalam pembinaan (under construction).
2) Orang lain beli kondo RM500,000 kena bayar RM2400 sebulan, tapi bila korang cuma perlu bayar komitmen bulanan RM500 sahaja
3) Orang lain kena bayar selama 35 tahun, tapi korang habiskan pinjaman itu habis dalam masa 18 tahunsahaja.
4) Penjimatan kos sebanyak RM489,000 dan penjimatan tempoh pembayaran selama 17 tahun.
21 Langkah guna pelaburan ASB untuk beli rumah RM500,000 dengan nilai ansuran RM500.
Bagaimana langkah demi langkah dan pengajaran yang anda boleh ambil daripada strategi ini?
Tok akan kongsi semula langkah yang Tuan Khairul Ezuwan bagi di Facebook.
Cuma, Tok tukar nama contoh kepada nama Tok. Kenapa? Sukahati Tok lah. Dah nama pun contoh.
1) Tok Penghulu dan Makcik Jemah merupakan pasangan suami isteri. Gaji setiap seorang daripada kami adalah RM4,000 jadi jumlah pendapatan suami isteri adalah RM8000 sebulan.
2) Kami beli rumah kondominium yang masih dalam pembinaan (under construction) dan buat pinjaman rumah RM500,000. Ansuran bulanan pinjaman RM2,400 sebulan untuk 30 tahun.
3) Rumah itu akan siap dalam masa 3 tahun.
4) Selepas pinjaman rumah lulus, Tok dan Makcik Jemah terus buat pinjaman ASB sebanyak RM200,000 setiap seorang dengan komitmen bulanan RM2,400 sebulan untuk kedua-duanya.
5) Sebelum rumah kondominium Tok siap, Tok akan bayar ansuran ASB setiap bulan dan biarkan sahaja dividen setiap tahun.
6) Dalam masa masa 3 tahun, dividen compounding akan memberi nilai sebanyak RM100,000. Nilai ASB sekarang RM400,000 + RM100,000 = RM500,000.
7) Tahun berikutnya dividen setahun sekitar RM40,000.
8) Gunakan ansuran tahun pertama rumah selepas rumah siap menerusi duit KWSP akaun 2.
9) Ansuran pinjaman ASB selama setahun adalah RM29,000 (RM2,400 x 12 bulan).
10) Manakala total dividen ASB RM40,000. Maka RM40,000 – RM29,000 = RM11,000 baki dividen yang boleh diguna-pakai untuk subsidikan ansuran rumah ini.
11) Ansuran rumah kondominium pula untuk tempoh setahun adalah RM29,000. Gunakan baki RM11,000 baki dividen tadi untuk bayar ansuran rumah. Bermakna kos rumah jadi RM18,000 sahaja setahun atau RM1,500 sebulan.
12) Gunakan lagi kekuatan EPF Akaun 2 Tok Penghulu dan Makcik Jemah untuk RM6,000. Setiap orang untuk setiap tahun bermakna RM12,000. Kita boleh keluarkan duit dari akaun 2 EPF untuk gunakan sebagai ansuran perumahan (Pengeluaran EPF untuk ansuran rumah )
13) Bayaran rumah setahun tadi RM18,000 – RM12,000 = RM6,000.
14) RM6,000 bersamaan dengan RM500 sebulan.
15) Ulang semula langkah 10, 11, 12, 13 dan 14selama 16 tahun (bermula dari ansuran rumah selepas siap).
16) Baki rumah anda pada masa ini adalah RM362,000.
17) Ketika ini pinjaman ASB telah dibayar selama 19 tahun (3 tahun awal dari pinjaman rumah mula dibayar).
18) Baki pinjaman ASB sebanyak RM400,000 selepas waktu tersebut = RM148,000.
19) Apabila sijil dijual pada waktu itu, nilainya adalah RM250,000 (RM400,000 – RM148,000).
20) Baki tunai dalam akaun ASB RM100,000(compounding 3 tahun pertama) + dividen RM40,000 = RM252,000 + RM100,000 + RM40,000 = RM392,000 tunai.
21) Total nilai tunai yang Tok dapat boleh buat pembayaran penuh rumah kondominium tadi yang berbaki RM362,000. Siap ada baki lagi RM30,000.
Jangan mudah teruja, nanti menempah seksa.
Sebelum korang teruja dengan nombor-nombor besar di atas, Tok sarankan supaya tarik nafas dalam-dalam, dan cuba fahami betul-betul apa yang Khairul Ezuwan cuba sampaikan.
Nombor-nombor yang Tok kongsikan di atas mungkin nampak seksi. Tapi tanpa perancangan yang betul, sebenarnya korang mungkin menempah seksa.
Tok bukannya pakar dalam pelaburan ASB. Apa yang Tok sampaikan ini adalah daripada perkongsian individu berpengalaman menggunakan instrumen pelaburan ASB, untuk mencapai matlamat kewangan.
Banyak dia sentuh bab buat pinjaman. Iaitu tindakan yang melibatkan emosi dan risiko yang tinggi. Korang juga kena ambil kira beberapa faktor-faktor berikut :
a. Kenaikan BLR atau BR – BLR atau BR kekal seperti sekarang dan tidak naik mencanak. Kenaikan dalam BLR akan menyebabkan ansuran bulanan rumah korang naik dan pulangan bersih dividen ASB korang jatuh. Kalau BLR naik, korang memang akan kena topup untuk buat ansuran bulanan rumah tersebut.
b. Pulangan ASB – Pulangan ASB tiap tiap tahun kekal sepeti sekarang dan tidak jatuh. Kena ada disiplin yang tinggi untuk pastikan korang tak guna dividen untuk joli-katak setiap kali dapat duit dividen dari ASB.
c. Polisi pengeluaran EPF – Pengeluaran EPF untuk pembayaran ansuran hartanah terus kekal dibolehkan.
d. Tiada ketirisan –  ASB terus kekal telus dan bagus dalam pengurusannya dan tidak tersalah beli tanah atau kondo di Australia tanpa tahu market value bangunan tersebut.
e. Komitment bulanan disebabkan oleh ASB loan –Kepada yang belum buat ASB loan, korang juga perlu ambil kira kemungkinan korang susah nak dapat loan hartanah disebabkan adanya loan ASB ini. Bukan mustahil, tetapi bila dah ada ASB loan korang kena ada ilmu tambahan untuk pastikan loan hartanah korang lulus. Baca perkongsian mamat Faizul Ridzuan di FB beliau berkenaan perkara ini dan baca semua komen-komen nya sekali : Pinjaman ASB – Apa yang anda perlu tahu
Pesan terakhir Tok untuk artikel ini,
“JANGAN KERANA ORANG LAIN BERJAYA BUAT, KITA PUN AKAN KITA MESTI AKAN BERJAYA SAMA SEPERTI MEREKA.”
Tuan Khairul Ezuwan sendiri cakap, teknik ini hanya sesuai untuk individu yang sanggup berkorban, mempunyai disiplin kewangan yang tinggi dan boleh menguruskan emosi dengan baik.
Kredit : gilahartanah.com
#hartanahrevolusi

WORK STARTS ON CENTRALPLAZA @ I-CITY SHOPPING MALL AT I-CITY

Monday, 18 January 2016
Artist impression of the CentralPlaza@i-City shopping mall at i-City, Selangor

KUALA LUMPUR: Work on i-Bhd’s joint-venture project, the CentralPlaza@i-City shopping mall at i-City, Selangor has started with a completion date in 13 months.
I-Bhd said its JV company Central Plaza i-City Real Estate Sdn Bhd is undertaking the project valued at RM72.80mil.
The mall, with a gross development value of RM850mil, is expected to be open by August 2018.
I-Bhd said Thailand’s leading retail property developer Central Pattana Pcl holds a 60% stake in the project while I-Bhd has a 40% share.
Last Friday, Pintaras Jaya Bhd’s unit Pintaras Geotechnics Sdn Bhd was awarded the contract for the piling and basement structural works..
I-Bhd, which is the master developer of i-City, also said it will launch two property projects early this year and they are the Hyde Towers @i-City and 8Kia Peng @KLCC.
In February 2016, i-City will unveil the Hyde Tower, a residential tower with uninterrrputed views over the CentralPlaza@i-City Shopping Mall, which will offer flexible city living in a safe and secure environment.
Hyde is a 43-storey tower block with units ranging from 465 sq to 769 sq ft. Boasting one and two bedrooms as well as a choice of standard and duplex layouts, Hyde is the only tower on this parcel to offer dual-key units.
Residents of Hyde Tower have direct access to the CentralPlaza@i-City shopping mall via a passenger linked bridge.
I-Bhd added the direct flyover from the Federal Highway was completed and the light rail transit (LRT) to i-City was slated to be completed in 2020.
“This RM9bil freehold ultrapolis development with a mix of residential, commercial and recreation is also set to be a successful Transit Oriented Development (TOD) in providing convenience, affordability and active lifestyles to the community in and around i-City,” it said.